Monday, 20 August 2012
Simple tp macam susah pla kan... (kupi pes ja..)
Kuah kacang
Bahan-bahan ( 10 orang )
1kg kacang tanah
2 batang serai
1inci halia &lengkuas-ambil airnya
3 senduk gula atau ikut suka
1 mangkuk air asam jawa-bancuh cair
20 tangkai cili kering
1/3 belacan
20 ulas bawang merah kecil
3 senduk minyak masak
sedikit garam
Cara-cara
Goreng kacang dengan minyak hingga kuning angkat toskan.
Goreng cili kering, baw.merah,belacan hingga naik bau jgn lama sgt
Serai, lengkuas, halia di mesin ambik airnya sahaja.
Kesemua bahan ini di mesin dan disatukan dlm satu mangkuk.
Air asam jawa dibancuh cair masukan ke dlm mangkuk tadi dan di gaul hingga sebati.
Masukkan minyak tunggu hingga minyak panas dan masukkan bahan tadi kacau hingga pecah minyak. perlahankan api.
Masukkan gula dan garam ikut suka. kalau boleh biarlah rasanya manis2 buah!
Kuah Kacang (daging)
Bahan-bahan ( 4 org )
500 gm daging yg telah dipotong kecil
200 gm kacang tanah (kulit dibuang)
1 mangkuk kecil air asam jawa
5 sudu kecil gula
2 sudu kecil garam (mengikut selera)
1 peket santan (kalau boleh, guna santan asli)
bahan2 dikisar:
10 biji cili kering
4 ulas bawang putih
10 ulas bawang merah
3 batang serai
1 sudu besar ketumbar
1 sudu kecil jintan
2 cm belacan
Cara-cara
bahan2 dikisar , ditumis sehingga mengeluarkan minyak sendiri.
kemudian, masukkan daging sehingga masak.
selepas itu, masukkan kacang dan santan. gaulkan dgn menggunakan api yang perlahan.
kemudian, masukkan air asam jawa, gula dan garam. gaulkan campuran tersebut selama 5-7 minit @ sehingga kuah bertukar menjadi warna coklat muda.
Tat kastad
Bahan-bahan ( satu acuan besar(saya guna acuan pai) )
PASTRI RAPUH::
2-3 sdb susu segar
250gm tepung gandum
1 sdb gula castor
1 biji telo
125gm mentega sejuk(potong kecil2)
sedikit garam
KASTAD FILLING::
500ml susu segar
2 biji telor
50gm tepung kastad
100gm gula castor
1/2 sdt esen vanilla
kismis hitam(optional)
Cara-cara
satukan tepung n garam...(ayak)
gaul mentega bersama adunan tepung hingga sebati...
masukkan telor,gula,dan susu...adun hingga adunan lembut...
rehatkan adunan selama 30 min..then terapkan mengikut acuan yg dikehendaki...
bakar separuh masak..ketepikan dahulu...
CARA MEMBUAT KASTAD FILLING::
Campurkan kesemua bahan dan pukul hingga sebati...
masak di atas api yg perlahan hingga agak pekat...
kemudian tuang kedlm pastri tadi...dan taburkan dgn kismis hitam...
bakar sekali lagi pada suhu 160 'c hingga masak...
Udang goreng bercili
Bahan-bahan ( 4 orang )
300gram udang sederhana besar
10 biji cili kering
1 biji bawang besar
2 ulas bawang putih
Sedikit belacan
2 biji kentang
Gula, garam, serbuk kunyit dan serbuk perasa secukup rasa
Air asam jawa
2-3 sudu sos cili
Daun sup dan daun bawang utk ditabur
1 batang serai
Cara-cara
Potong kentang. Gaulkan dgn sedikit garam dan kunyit. Kemudian gorengkan dgn minyak sehingga empuk. Kemudian ketepikan
Gaul udang dgn garam & kunyit, kemudian goreng separuh masak dalam minyak tadi. Kemudian ketepikan.
Kisar cili kering, bawang besar, bawang putih dan belacan. Kemudian tumis di dalam minyak bersama-sama serai td sehingga garing.
Masukkan sos cili, garam, gula dan serbuk perasa. Setelah garing, masukkan air asam jawa (Jgn byk sgt, nnt masam pulak)
Biarkan hingga hampir kering, kemudian br masukkan udang dan kentang yg di goreng tadi. Gaulkan hingga semua sebati. Tutupkan api, kemudian, taburkan daun sup dan daun bawang. Siap.
Kek oreo cheesecake (bake)
Bahan-bahan ( cukup utk berorang-orang )
(A)120 g biskut dihancurkan (sy guna oreo)
(A) 120 g butter cair
(B) 500 g cream cheese
(B) 100 g gula kastor
(B) 150 g double cream
(B) 4 biji kuning telur
(B) 1 sudu besar parutan kulit lemon
(B) 90gm tepung gandum ayak dengan 30 gm tepung jagung
(C) 4 biji putih telur
(C) 80 g gula kastor
(C) 1 sudu besar jus lemon (lebih lagi ikut suka)
Cara-cara
Gaul rata bahan A. Tekan ke dlm loyang spring form. Simpan dalam peti sejuk.
Bahan B : Pukul cream cheese sampai gebu dan masukkan gula. Teruskan memukul sehingga fluffy. Campurkan double cream & pukul lagi hingga gebu . Masukkan kuning telu dan kulit lemon. Mix well. Akhir sekali, masuk tepung dan gaul rata. Ketepikan.
Bahan C - Whisk putih telur hingga kembang, masukkan gula & jus lemon. Teruskan memukul hingga bertanduk.
Campurkan B & C, masukkan ke dalam loyang yang berisi campuran biskut tadi.
Bain marie bake at 150 deg celcius for 1 1/2 to 2 hrs
Nak lagi sedap, boleh letak blueberry filling kat atas kek sebelum di bakar. kalau biar semalaman lagi sedap.
Kek cheese
Bahan-bahan ( 6 orang makan )
untuk base:
1. 80 gram unsalted butter.
2. sebungkus chipsmore.
untuk kek:
1. 500 g cream cheese.
2. 200 g gula icing.
3. dua biji telur.
4. satu biji kuning telur
5. 75ml fresh cream.
Cara-cara
1. cairkan butter, hancurkan biskut.
2. campur butter dengan biskut, tekan dalam pan, sejukkan dalam peti ais.
3. pukul cream cheese (suhu bilik) dengan gula.
4. masukkan telur.
5. masukkan krim.
6. masukkan kek ke atas base biskut tadi.
7. bakar cara 'water bath' 170 darjah celcius selama sejam 10 minit.
Chocolate
Bahan-bahan ( Dlm 24 biji )
1 tin susu pekat
3 sudu besar coco powder
1 cwn chocolate rice
1 sudu besar mentega
Cara-cara
Letakkan coco powder,susu pekat dan butter ke dalam kuali
Gaul dan masak pada haba yang rendah dan kacau berterusan.
Ia akan masak apabila adunan telah sebati dan agak pekat
Alihkan daripada api, tuangkan ke dalam piring yang disapu mentega dan biarkan sejuk.
Apabila sudah sejuk ambil sedikit adunan dan bentukkan seperti bola dan letak kedalam papercup...Ulangi step ini sehingga adunan habis
Taburkan chocolate rice di atas chocolate ball dan...SIAP!!
Simple tp susah ka??
Bahan-bahan ( 5-6 org makan )
fetuccini 1bungkus (direbus sehingga lembut)
udang 20 ekor dibuang kulit
sotong hidup 10ekor dipotong kecil2
ikan merah dipotong kiub
lada benggala sebiji dipotong dadu
minyak zaitun
garam secukup rasa
bawang putih dicincang halus
Cara-cara
mula2 panaskan minyak zaitun
tumis bawang putih sehingga sedikit garing
masukkan semua bahan2 seafood goreng sehingga masak
kemudian, masukkan fettucini yang telah direbus dan kacau
msukkan lada benggala dan garam secukup rasa
siap untuk dihidangkan
Subscribe to:
Posts (Atom)