Monday, 27 February 2012

Maw share sumthing..:)

-Sebenarnya tolong c translate saja nie tips dari WD tentang petua untuk legakan penyakit2, xda payah susah2 p hospital, bukan sebab xda percaya dengan hospital, tapi untuk memudahkan dan meringankan sakit sementara di rumah.. ^^, enjoy!
-p/s: bukan translate semuanya la.. ehee..

1. Merawat ketuat
-Apa itu ketuat?
Yang ini.. selalu ada dekat kaki atau tangan.
-Gunakan pita perekat (?!)

-Pada 2002 sekumpulan doktor membandingkan keberkesanan pita perekat dengan cecair
nitrogen (ubat yang selalu kena bagi untuk rawat penyakit nie) dalam merawat ketuat. Selepas dua bulan memakai pita perekat setiap hari dan menggunakan batu pumis (yang bikin c halus kulit kaki yang kasar dengan menanggalkan kulit mati tue..) sekali seminggu, sebanyak 85 % ketuat hilang manakalahanya 605 sahaja yang hilang untuk mereka yang menggunakan cecair nitrogen.
-Camana benda nie bertindak? Kemungkinan sebab terdapat sesuatu dalam perekat itu sendiri atau disebabkan sekatan oleh pita perekat tue terhadap ketuat. Atau...Sebab iritasi oleh pita perekat, imun badan dirangsang untuk menyerang ketuat, jadi, ketuat pun sembuh la..(mungkin -.-")


2. Vapor rub (e.g; Vicks) buleh sembuhkan kulat kuku

-Walaupun belum dapat dipastikan keberkesanan rawatan kulat kuku, menurut carian internet terdapat sebilangan individu yang berhasil untuk merawat kulat kuku guna benda nie. sesetengah mengatakan bahawa kandungan menthol dalam vapor rub berhasil membunuh fungus dan kesan melembut benda nie, menanggalkan fungus dan kuku pada ibu jari yang terjejas (lama-kelamaan buleh tanggal kalo guna selalu ) Kalo ada kuku yang baru tumbuh, yang tue kuku sepatutnya jadi fungus free.. hehe. To be honest, sa pun maw cuba nie.. huhuu. Apperently, kuku sa xda sudah santik.. 

Yang ini bukan kuku sa. hoho :P


3. Legakan eczema guna oat.
Eczema @ ruam
-Oat bukan saja untuk jantung, bagus juga untuk kulit. Sebab, oat ada bahan anti-inflamatori. Untuk guna benda nie,, pakar merekomenkan untuk guna sebagai 'paste' atau dimasukkan dalam air mandian ataupun dikisar sehingga halus, basahkan dan letak pada kawasan yang terjejas sekurang2nya 5 minit.


4. Yogurt untuk masalah bau mulut
Yum...^^,
-Nafas berbau berpunca dari pelbagai tempat, tapi yang paling kerap adalah berpunca dari mulut dan juga perut. Bahan neutralizer yang ada pada yogurt memberi kesan kepada asid yang tertinggal pada mulut dan  dan perut termasuklah belakang tekak dan esofagus.


5. Sakit kepala? Gigit pensel (?!)
Nggrrr.. Jangan tertekan..:)
-'Clenching' atau perbuatan menekan gigi antara satu sama lain dengan kuat merupakan kesan sampingan biasa yang disebabkan oleh keadaan stress. Menurut pakar, Fred Sheftell apabila kita menggigit, otot yang menghubungkan dahi dengan rahang, ditarik, dan keadaan ini boleh mengakibatkan tension headache. Dengan meletakkan pensel di antara gigi tapi bukan menggigit dengan kuat, otot tersebut boleh diregangkan dan mengurangkan sakit kepala yang dialami. Peringatan, rawatan ini hanya berkesan pada sakit kepala akibat tekanan, dan bukannya untuk migrain atau sakit kepala akibat tekanan sinus.


6. Air garam sembuhkan sakit tekak

-Sakit tekak merupakan respon inflamatori akibat tisu2 yang mengalami infeksi (jangkitan) . Berkumur dengan air suam bergaram membantu mengurangkan pengumpulan cecair akibat tindakan inflamatori tersebut, dan seterusnya mengurangkan kebengkakan serta kesakitan yang dialami. Sukatan 1 sudu makan garam dan 8oz (lbih kurg 30ml) air (lebih banyak garam, lebih bagus) cukup untuk melegakan kesakitan tekak. Walau bagaimanapun, adalah diingatkan bahawa rawatan ini hanya untuk mengurangkan simptom dan bukannya rawatan sebenar untuk sakit tekak. Anda masih perlu ke pusat kesihatan untuk mendapatkan rawatan yang sempurna bagi penyakit tersebut.

PERINGATAN (dari sa ^^,)
-Rawatan2 nie hanya cadangan untuk bantu c kurang2 kesakitan atau masalah kesihatan yang biasa dialami. Xda salah mencuba, untuk kebaikan sendiri dan keluarga juga.:) 

No comments:

Post a Comment