Monday, 5 March 2012

Tulung2.. ^^,

Ketika menghadiri Ujian JPJ, mesti berpakaian sopan dan jaga tata tertib. Maksudnya, pakai baju berkolar, seluar panjang dan kasut. Di bawah ini ada tips-tips yang mesti buat masa Ujian JPJ bahagian jalan raya untuk kereta (Kelas D).
1) Membuat pemeriksaan terhadap kenderaan
i) Laraskan tempat duduk. Pastikan selesa untuk memandu.
ii) Periksa cermin pandang belakang dan kedua-dua belah cermin sisi. Pastikan dapat melihat dengan baik belakang kereta (kalo ngam2 sudah, cakap la bilang sudah okey tue cermin).
iii) Menguji signal, lampu, lampu kecemasan dan ‘wiper’. Pastikan semua berfungsi.
iv) Memastikan gear berada dalam kedudukan bebas (‘neutral’) dan hidupkan enjin kereta.
v) Memakai tali pinggang keselamatan sebelum memulakan perjalanan.
2) Berhenti di Persimpangan
Sebelum sampai di persimpangan, pastikan sudah bagi signal ke arah yang maw belok. Berhenti kira-kira 2 meter di belakang garisan berhenti di persimpangan. Tarik brek tangan dan bebaskan gear.  Pastikan tiada kereta yang datang dari sebelah kiri atau kanan sebelum bergerak keluar.
3) Memandu di Jalan Raya
Pastikan gunakan gear yang sesuai. Cuba patuhi had laju yang ditetapkan.  Di jalan raya, had lajunya ialah kira-kira 40-60 kmj. Memandu di kawasan sekolah, had lajunya ialah 30 kmj. Pastikan dapat kawal tue stereng dengan baik.
4) Memandu di Garisan Berkembar (‘Double Line’)
TIDAK DIBENARKAN untuk memotong di kawasan ini. Kebiasaannya di kawasan sekolah, jambatan, selekoh dan persimpangan.
5) Memandu di Lampu Isyarat
Patuhi lampu isyarat. Kalo nampak lampu isyarat bertukar kepada warna kuning, bersedia untuk berhenti. Sekiranya kereta belum lepas garisan berhenti, mesti Berhenti. Kalau sudah melepasi garisan berhenti, boleh teruskan perjalanan dengan syarat perlu berhati-hati.
6) Kawalan Stereng
Kedudukan tangan di stereng perlu di posisi 2 dan 10 (yang macam jam tue). Pastikan tangan tidak bersilang ketika melakukan pusingan. Jangan gunakan sebelah tangan saja semasa memandu. Bleh pegang satu tangan kalo tukar gear.
7) Memberhentikan Kenderaan Setelah Selesai Ujian
Sebelum berhenti, pastikan sudah memberikan signal kiri terlebih dahulu. Kemudian berhenti secara perlahan-lahan. Bebaskan gear dan tarik ‘hand brake’.
Harap2 la tips yang di atas dapat tulung sepa2 yang ambil tue ujian aa.. Gud luck & all the best ! (to me juga.. hehee)
p/s: actually sa c translate ja bha nie post dari sini (klo maw bca post yang lebih tinggi peluang untuk lulus BM.. hehe)

No comments:

Post a Comment