Minggu yang penuh dengan shock.. Bukan shock yang renjatan, tapi perkara yang tidak diduga. Dua pemergian dalam 1 minggu. Walaupun tidak kenal dengan orang-orang yang pergi, tapi rasa sebak juga la kena tengok dorang tinggalkan orang-orang yang dorang sayang untuk selamanya.. Pemergian pertama, di wad. Kes nie, memang maklum la apa lagi kalau sudah kanser stage 4. Kesian juga la tengok saudara mara yang terpaksa merelakan dia pergi.. Pemergian kedua, yang tidak disangka-sangka. Betul juga yang Father cakap kemarin.. Hidup di dunia nie bukan dapat kita duga. Tuhan ada rancangan yang lebih besar daripada yang kita rancangkan.. Tiba-tiba saja kita boleh tiada dalam dunia nie.. Kematian bukan la sesuatu yang menakutkan, tapi yang menakutkan adalah keadaan selepas kematian.. Tiada yang tahu apa yang menanti selepas pemergian.. Dan sebenarnya saya hanya takut sekiranya tiada lagi orang yang akan ingat saya selepas saya tiada nanti. Tambahan, saya bukanlah siapa-siapa.. Walau apa pun, semoga yang baik akan menanti semua orang di sana..
Sambungan pemergian kedua.. http://www.theborneopost.com/2011/09/19/trainee-nurse-found-dead/
Semoga semua yang telah pergi akan aman di sana.. Carilah ketenangan bersama Dia.. Kami yang ditinggalkan akan sentiasa berdoa untuk kalian..
No comments:
Post a Comment