Friday, 23 September 2011

P.U.A.S?

Susah untuk memuaskan hati orang lain kan? Kadang-kadang saya terfikir kenapa la saya pilih kerja nie..? Sedangkan baru jadi pelatih pun, sudah terasa penat begini.. Penat untuk cuba memuaskan hati orang-orang yang ada di sekeliling.. Mungkin sudah nature tugas begini..Tahan saja la.. Sampai saya tidak punya kekuatan lagi untuk menghadapi semua ini. Mungkin saya tidak tahan dengan karenah orang-orang di sekeliling yang punya pelbagai pendapat, kemahuan, objektif dan banyak lagi yang tidak mampu saya tunaikan dengan sempurna semuanya. Terfikir juga, mengapa mereka tidak cuba untuk M.E.M.A.H.A.M.I betapa terbatasnya kemampuan manusia ini untuk menunaikan segala kemahuan yang mereka kehendaki.. Bukankah mereka juga pernah melalui perkara yang sama sebelum mereka  menjadi diri mereka pada hari ini? Mengapa tidak ambil ikhtibar dari perkara yang pernah berlaku kepada mereka sebelum ini, dan cuba untuk ubah jadi sesuatu yang baik. Bukannya menjadikan perkara tersebut semakin berterusan, berlarutan. Mungkin tekanan kerja merupakan suatu aspek yang mendorong mereka bertindak sedemikian,walau bagaimanapun, itu bukan alasan yang kukuh untuk memperlakukan orang-orang di bawah mereka seperti suatu alat yang menurut segala kemahuan, segala niat yang dikehendaki.

No comments:

Post a Comment