Friday, 12 October 2012

Tips-tips for me and for you..

Syarat Utama Berdiet dengan SD2:

1. TIDAK boleh BERLAPAR! WAJIB MAKAN!
2. Sudah capai berat ideal, TIDAK PERLU Maintain Minum SD2!

Pelan Pemakanan semasa DIET
Semasa 2 Minggu Induction:

1.) Elakkan nasi, mi, mihun, laksa, laksa, spagetti, fettucini, vermicelli, kuew tiau dan yang sebangsa dengannya.

2.) Elakkan Roti, roti berserat, roti bun, roti boy, roti canai, roti jala, roti bakar, roti pastries dan apa-apa yang sebangsa dengannya.

3.) Elakkan GULA - gula pasir, gula melaka, gula merah, madu, gula-gula dan apa-apa yang bergula tinggi.

4.) Elakkan Buah-buahan (lepas 2 minggu baru makan berpada-pada).

5.) Elakkan minuman bergula, jus buah-buahan, air bergas (coke, Pepsi, 100plus, etc), kurangkan pengambilan kopi!

6.) Elakkan snek seperti Twisties, biskut manis, nachos, popcorn, jeruk manis.

7.) Elakkan SEGALA bentuk KACANG untuk 2 minggu.

8.) Elakkan MAKANAN BERPROSES seperti kentang goreng, bebola ikan, bebola sotong.

9.) Elakkan MAKANAN BERTEPUNG seperti kek, biskut, kuih-muih.

BOLEH MAKAN PUNYA..:

1.) AYAM - panggang, steam, bakar, sup, satay, digoreng TANPA tepung.

2.) Semua IKAN - sama macam ayam, boleh grill, steam, goreng tanpa tepung. Tak kira ikan salmon, pari, tenggiri, terubok, ikan bilis.

3.) Semua DAGING - rusa, lembu, kambing - buat steak, satay grill, sup ekor, daging bakar, disalai... asalkan halal.

4.) UDANG - bakar, tomyam, goreng dengan cili boh. ELAKkan SOTONG kerana karbohidrat tinggi.

5.) SAYUR, terutamanya sayur HIJAU. Kurangkan lobak merah, elakkan kentang. Lagi hijau, lagi bagus, macam sawi, bayam, salad, timun.

6.) KEJU jenis cheddar, mozarella, parmesan. Limit kepada 2-3 keping sehari.

7.) AIR KOSONG, air mineral -minum 8 gelas atau lebih sehari untuk ELAKkan CONSTIPATION.

8.) Burger? Buang roti bun atas dan bawah, makan DAGING BURGER dengan sayur dan mayonis kat DALAM ja...

9.) Pizza? Makan topping sahaja.

10.) Makan SUPPLEMENT dan vitamin seperti spirullina dan multi-vitamins untuk menambahkan lagi tenaga dan kuatkan daya ketahanan badan.

Jangan lupa makan sarapan, tengahari dan makan malam. Makan malam sebelum jam 7 malam. Jangan ponteng makan !!
Contoh sarapan / Breakfast
1.) Telur rebus - 1 biji - (0.6 grams carb)
2.) Chicken slice - 2-3 keping - (0.0 grams carb)
3.) Air suam - 1-2 glass - (0 gram carb)
4.) Keju - 2 keping - (1 gram carb)

Makan Tengahari / Malam

1.) Ikan panggang - 1-2 keping - (0 gram Carb)
2.) Sup Ayam - 1 mangkuk - (0.5 - 1 gram Carb)
3.) Ayam goreng - 1-2 ketul - (0.5 - 1 gram Carb)
4.) Sayur-sayuran hijau - 1 mangkuk - (1 - 3 grams Carb)
5.) Telur goreng - 1-2 biji - (1 - 1.5 gram Carb)

Jangan lebih drp 20 grams Carb sehari kalau nak kurus!

Nasi - 1 pinggan penuh = 88 grams Carb !
Nasi - 1/2 pinggan (nasi separuh) = 44 grams Carb.
Nasi - 1/4 pinggan = 22 grams Carb.
Mee (mihun/spagetti/laksa/laksa/fettuccinni) = 10 - 100 grams Carb (meehoon paling rendah Carb = lebih kurang 10g sepinggan)

No comments:

Post a Comment